aiiii...dah lama benor aku tak update blog ni. bukannye ape, pasal aku dan keluarga dah lama tak gi bercuti. So, tak de mende la aku nak tempek kat sini. lagi pun ni kan blog cuti aku.
lagi pun hujung bulan ni dah puasa. tambahan pulak musim SELSEMA BABI a.k.a INFLUENZA A H1NI, tak berani la nak cuti-cuti ni. karang jumpa mat & minah salleh yg bawak virus kang naya aku anak beranak. lagi pun, bini aku dah bawak orang baru lak tu (bertambah lagi askar aku, he...he...he...). so segala aktiviti cuti mungkin ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga keadaan mengizinkan.
p/s: sebenarnye saje aku membebel kat sini, tension pasal celcom broadband lambat cam siput.
Tuesday, August 18, 2009
tak bercuti dah
Wednesday, February 18, 2009
PULAU KAPAS, TERENGGANU
Percutian selama 3 hari 2 malam dari 8 Februari 2009 hingga 10 Februari 2009 di Kapas Island Resort secara pakej dengan harga RM 637.00. Booking masa MATTA FAIR bulan September 2008 lagi tu. Bertolak dari KL pada 7 Februari jam 10.30 pagi, sangkut sikit kat Batu Caves pasal Indian sibuk nak sambut Thaipusam. Sampai kat Marang lebihkurang pukul 6.30 petang dan transit (?) kat Angullia Beach Resort, Marang dulu.
Masa ni masih lagi awal musim lagi, so orang tak ramai lagi la. Pulau Kapas ana yang punya. Snorkeling trip pun satu bot cuma kami berempat je (aku, bini aku & 2 anak aku).
Kat sini dapat la aku ambik gambor2 masa snorkeling ari. Pakai kamera waterproof bini aku (pinjam opis punya). Yang paling best, brader yg bawak snorkeling tu boleh tangkap ikan la pulak kat situ. Dapat 3/4 ekor la jugak. Dia bagi kat kiotorang sekor ikan kaci, bagi kat chef resort tu tolong goreng....perghhh best tul ikan segar ni....terasa betul la kefreshannya (betul ke bahasa ni?)
lagi gambor saya taruk kat sini. nak tengok lagi jemput la jenguk kat situ ye..
Friday, June 27, 2008
TENSION
Hari ni 27 Jun 2008, aku rasa tension sangat pasal kerja ni. Bukan aku sorang, semua teman sekerja pun sama. Ni pasal golongan atasan punya hal kita orang pun terkena sekali. jadi nak hilangkan tension aku aku layan blog aku ni yang dah lama bebenor aku tak update, oleh sebab tu aku pun terlayan la blog yang dah lama aku tak pedulikan ni.
pas tu aku saje masukkan gambar yang aku ambik dekat pintu masuk ke Tasik Kenyir masa aku balik kampung tempoh hari.
Nak tengok gambar lain dijemput klik kat link dibawah ;
GAMBOR KAT PINTU MASUK TASIK KENYIR
Monday, November 12, 2007
CUTI-CUTI PANTAI

Gambar pemandangan di Pantai Pengkalan Balak, Melaka di mana para pengunjung sedang bersantai dan bermain pantai. Hari tu sebenarnya Hari Raya Aidiladha bersamaan 31 Disember 2006.
Antara pemandangan kat sana, kitorang tak balik kampung jadi pergi bersantai kat sini je la.
Ni tengah berenang dan berendam kat kolam renang yang ada kat chalet kitorang duduk, Kamunting Beach Resort, kepunyaan sahabat lama saya. Dapat la diskaun sikit.
Ni reaksi atau respon muka bini aku yang sedang menunggu ketibaan makanan yang diorder tak sampai-sampai.
Anak aku pun dah boring menunggu, sampai nak makan meja dah tu.
Ni koleksi gambar aku dan anak aku kat sana.

CUTI-CUTI TASIK

Ni air terjun kecik yang ada kat pintu masuk Empangan Kenyir. Orang kat sana panggil Pancur.
Pemandangan kat jeti Empangan Kenyir. Kat sinilah tempat bot-bot penangkap ikan parking. Kalau nak pergi memancing pun selalunya ikut sini.
Antara pemandangan yang terdapat kat sana.
Ni aku dan dua orang sepupu masa pergi kat sana.
Ni gambar masa lepak-lepak dan sembang-sembang di malam hari.
Ni pulak hasil tangkapan yang paling boleh dibanggakan walaupun sebenarnya pancing orang tapi saya yang layan. Ni ikan belida namanya, tapi banyak tulang. Dikorbankan untuk jadi lauk kat sana jugak.
Gambar seksi sambil posing dengan dua ekor ikan toman yang bukan dipancing tapi dijaring. Jangan tengok yang memegang (seksi le) tapi tengok le apa yang dipegang.
Ni pulak sape entah candid masa aku tengah nak pakai baju.
p/s: please click here.
http://www.advertlets.com/weblog/2007/09/11/results-of-the-long-awaited-badges-stickers-contestsand-a-new-posting-opp/
http://www.advertlets.com/bloggers/sgd-8800-for-300-singaporean-bloggers
CUTI-CUTI SANTAI 3

Berehat sekejap sebelum memulakan perjalan penerokaan di dalam ZOO NEGARA.

Tu masa tengok gajah, anak aku takut tengok gajah. Besar sangat kut gajah tu.


Ni pulak gambar masa tengok pertunjukan singa laut.

Anak aku tengah tengok orang utan. Berani la dia pasal menatang tu duduk dalam sangkar cermin.

Inilah salah seekor penunggu ZOO NEGARA, namanya beruang madu.
p/s: please click here
http://www.advertlets.com/bloggers/sgd-8800-for-300-singaporean-bloggers
Saturday, October 6, 2007
CUTI-CUTI SANTAI 2
AQUARIA, KLCC

Masa kat Aquaria KLCC, tu yang terjelir tu kawan aku dan jadi drebar kitorang ari tu. Tu kalau letak kat akuarium Aquaria KLCC tu mesti menjadi tarikan utama. Pastu letak signboard tulis spesies baru ditemui 'BUNTAL JADIAN' merangkap maskot Aquaria KLCC.

Ni rasanya salah satu spesies belut ni. Tak tau betul ke tidak.

Yang rasanya aku kenal bangat, spesies kura-kura ni. Apa yang dia dok mendongak kat atas tu.
Yang ni masa kat luar dah, berlatarbelakangkan Suria KLCC.



















